Toyota Altis baru



Gambar terbaru toyota altis~sumber BHauto


Toyota Altis -dual vvti sememangnya menanti kunjungan peminat kereta modern. Dengan ciri yang serba baru dan futuristik.

 Walaupun bentuknya mirip yang lama, Altis baru ini betul-betul baru, atau Full Model Change. Yang sama mungkin hanya enjinnya, yang dilengkapi dengan kotak gear automatik empat kelajuan.
Rekaan luaran yang terlalu mudah, bodykit yang nampak ditambah kemudian, ekzos krom tunduk ke bumi dan bahagian dalaman yang tidak agresif, Altis baru ini memberikan gambaran bahawa hanya mereka yang sudah berusia layak memandunya.

Namun begitu, bila diteliti akan objektif utama Altis ini, pasti ramai yang akan faham dan setuju dengan pembaharuan ini.

Fungsi Toyota lebih meluas kerana ia dipasarkan ke hampir seluruh dunia. Dari guru pencen hinggalah kepada para-para eksekutif, Altis baru ini perlu mengisi keperluan pelbagai lapisan pembeli.

Oleh itu, ia tidak boleh terlalu dramatik dalam rekabentuknya, dan prestasi lebih hampir kepada keselesaan daripada kebolehan mengambil selekoh pada kadar halaju tinggi.
Bahagian dalam digarap plastik dwi warna yang memberikan imej mewah dan juga luas.  Panel plastik kayu turut diberikan dalam versi 1.8 G Sporty manakala kualitinya setaraf dengan model Camry.

Kerusi depan dan belakang luas serta selesa, sayang sekali tiada balutan kulit diberikan walaupun harganya sudah hampir ke penanda RM120,000.

Ruang but memadai untuk kenderaan sekelasnya dan lantai but ditutup dengan alas getah yang boleh menakung air.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan menggunakan kurang dari RM30 petrol. Mengikut komputer pada panel meter Altis ini, purata penggunaan minyak ialah di bawah paras 8L/100km - cukup menjimatkan untuk kereta sedan saiz sederhana dengan enjin 1.8L.

Jadi jika keselesaan dan penjimatan bahanapi menjadi kayu pengukur faktor pembelian kereta, sememangnya Altis patut diberi perhatian.

Toyota Altis 1.8G Sporty
Enjin: 1ZZ-FE 4-silinder sebaris 16 injap 1,794cc DOHC VVT-i
Kuasa maksimum: 130hp @ 6,000rpm
Tork maksimum: 170Nm @ 4,200rpm
Transmisi: 4-kelajuan Auto dengan Super ECT
Ciri keselamatan: ABS, EBD, BA, VSC, beg udara, WIL
Harga: RM120,250.00 OTR (G Sporty trim)
You have read this article altis baru / baru altis / toyota altis with the title Toyota Altis baru. You can bookmark this page URL https://rouserworks.blogspot.com/2010/10/toyota-altis-baru.html. Thanks!

No comment for "Toyota Altis baru"

Post a Comment